Header diapers bank.fundraisingposter

MYR 0.00

Raised of MYR 30,000.00 target.


0

0%

4 Months

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


TAHUKAH bahawa kos lampin boleh mencecah RM90 – RM120 bagi seorang kanak2? Pernahkah kita terfikir siapa yang menampung kos ini bagi anak2 yatim yang tiada ibu dan bapa? Pedulikah kita tentang rumah2 anak yatim yang terpaksa membasuh semula lampin pakai buangnya kerana keadaan sudah terlalu mendesak?

THE SOLUTION


DIAPERS BANK ditubuhkan bertujuan untuk membekalkan bekalan lampin yang mencukupi ke rumah2 anak yatim yang ada penghuni anak2 yatim kecil yang masih memakai lampin. Semasa kempen DIAPERS BANK dijalankan, ramai yang menghubungi NGO kami memohon bantuan bekalan lampin dan susu. Rupanya ramai dari kalangan golongan ibu tunggal, asnaf, B40, yang menghadapi kesukaran menyediakan keperluan lampin dan susu untuk anak2 mereka, apatah lagi pada zaman ekonomi yang mendesak ini, nak beli beras pun dah mula rasa tersiksa akibat kenaikan harga berganda. Justeru itu, DIAPERS BANK juga akan mengagihkan bekalan lampin kepada keluarga yang kurang berkemampuan ini bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

 

Di negara2 barat, kewujudan DIAPERS BANK sudah menjadi satu kewajipan di setiap daerahnya. Ini adalah kerana, keperluan lampin adalah di antara faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan dan kehidupan kanak2. Pastinya penukaran lampin yang kerap membuatkan kanak2 merasa lebih kering dan selesa untuk mereka membesar dengan lebih sihat dan riang. Atas sebab itu, komuniti di sana benar2 menitikberatkan bantuan bekalan lampin ini kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

THE IMPACT


Di sini, NGO kami mengambil inisiatif mewujudkan DIAPERS BANK ini. Masyarakat kita perlu mempunyai kesedaran bahawa lampin yang bersih adalah keperluan asas untuk kanak2 membesar dengan sihat. Tanpa pertukaran lampin yang kerap akibat kekurangan bekalannya boleh mendedahkan kanak2 kepada risiko ruam, jangkitan kuman dan penyakit lain. Isu seperti ini memberi kesan pula kepada kaum ibu bapa yang perlu keluar bekerja, dan ini boleh menjejaskan rutin harian sesebuah keluarga. Oleh itu, bekalan lampin ini bukanlah isu remeh yang boleh dipandang ringan. Seharusnya setiap warga perlu ambil PEDULI dan menghulurkan bantuan untuk membangunkan DIAPERS BANK ini agar mereka yang kurang berkemampuan juga mendapat peluang membesarkan anak2 mereka dalam keadaan yang lebih selesa.

 

DIAPERS BANK juga akan meluaskan perkhidmatannya dengan turut membekalkan tuala wanita, susu formula dan lampin dewasa kepada golongan yang memerlukan. Pusat2 atau kiosk2 DIAPERS BANK akan ditempatkan di pejabat2 DUN yang telah dikenalpasti di peringkat awal bagi memudahkan mereka yang benar2 terdesak mendapatkan keperluan asas ini. Keperluan ini juga boleh disalurkan ke pusat2 penempatan mangsa banjir melalui aktiviti2 serahan bantuan kepada keluarga yang terkesan bagi meringankan beban mereka.

 

NGO kami akan mendapatkan bekalan lampin secara pukal terus daripada kilang dengan harga yang berpatutan dengan kualiti yang baik. Oleh itu, kami amat2 memerlukan penglibatan komuniti untuk sama2 membangunkan DIAPERS BANK ini. Ramai di luar sana yang sedang mengalami krisis kewangan, tekanan emosi dan masalah keluarga yang menyebabkan mereka berada di dalam keadaan yang memerlukan bantuan. Mungkin tindakan kecil kita pada hari ini dengan menyalurkan sumbangan walau serendah RM1 mampu membantu meringankan beban mereka. JOM PEDULI!

CONTRIBUTE NOW

MYR 0.00

Raised of MYR 30,000.00 target.


0

0%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


About the Organization/Project behind this Campaign

PERTUBUHAN PEDULI MASYARAKAT KINTA PERAK


PERTUBUHAN PEDULI MASYARAKAT KINTA PERAK (PPM-015-08-25062018)

 

Our NGO is established in 2018 with the main objectives to help in the urban poverty issues. Rural poverty continues to claim greater attention from the governments and private organisations, but urban poverty is a bigger challenge in this century and should be in the national’s agenda. We are currently conducting a project to empower the women entrepreneurs to help them increase their families’ incomes. We also involved in distributing food basket to B40 families around Perak State.

 

During the past years, our projects’ funds come from the public donation. Some of our short-term projects were conducted by request from the community, such as charity dinner for orphanages and poor children, and fundraising for families in needs. Although we are a small NGO, the community always seek help from us by contacting us through WhatsApp messages, sending us reports and complaints. However, our actions and contributions are limited due to lack of funds. Therefore, we are planning to grow big through our projects and community works, send our reports to be audited starting next year, in order to build trust among the funders, showing them that we truly serve the community. Some of our contributions have enabled the families to increase their household incomes. We did all in our power to help those in needs and building better quality of their lives.

 

Our previous projects : 

  • Back to School – Supply mask and hand sanitizers to the orphanages
  • Distributing Food Basket during MCO
  • “Saladin” The Veterans Wear – contributions to the disabled veterans
  • “Majlis Iftar Bersama Anak Yatim”
  • “Peduli Gelandangan”