Support Group

Misi Cemas : Rumah Baru untuk Buntat

by Impactive Malaysia

Header buntat 2

MYR 0.00

Raised of MYR 33,000.00 target.


0

0%

Over 2 Years

Donors

Funded

Left


THE PROBLEM


Berita mendukacitakan apabila kami mendapat perkhabaran bahawa 2 buah rumah di perkampungan atas air Semporna Sabah telah roboh dan ditenggelami air akibat ribut yang berlaku baru-baru ini. Dua buah keluarga tidak lagi mempunyai tempat berteduh.

Mereka terpaksa hidup menumpang buat sementara waktu kepada jiran tetangga. Rata-rata mereka adalah nelayan dan berpendapatan RM15 sehari dan mempunyai ahli keluarga yang ramai dan masih kecil.

THE SOLUTION


Impactive Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu keluarga yang terkesan dengan membuka:

Tabung Bantuan Cemas: Bina Rumah untuk Buntat

Sejumlah RM33,000 diperlukan untuk baik pulih kedua-dua buah rumah yang terkesan. Jadi kami memerlukan keprihatinan seramai mungkin rakyat Malaysia untuk merealisasikan harapan ini.

Seramai 1320 orang diperlukan untuk menderma RM25 agar rumah mereka dibina semula. Dua minggu adalah fasa di mana kita akan mengumpul dana bersama dan dua minggu selebihnya adalah fasa di mana kita akan membina semula rumah yang terlibat.

THE IMPACT


Usaha ini dapat memberi sinar baharu kepada keluarga yang terlibat. Ketiadaan tempat berlindung menyebabkan pelbagai kefungsian hidup mereka terganggu. Anak-anak merasakan tidak selamat dan ibu bapa mereka juga sentiasa dalam kebimbangan. Misi ini dapat membantu mereka dapat kembali kepada kehidupan biasa agar usaha mencari rezeki dapat diteruskan dan yang lebih utama adalah perkembangan anak-anak mereka yang ramai dan masih kecil.

Goal Breakdown

Goal 1 - Rumah 1. Amount Needed: MYR15,000.00

Goal 2 - Rumah 2. Amount Needed: MYR18,000.00

Goal 3 - . Amount Needed: MYR

Bantuan Anda Sinar Harapan untuk Mereka
27-SEP-2021

UPDATE MISI CEMAS : RUMAH BARU UNTUK BUNTAT

Alhamdulillah setakat hari ini kita berjaya mengumpulkan sebanyak RM19,432. Terima kasih kepada semua yang bersama-sama membantu merealisasikan usaha ini dengan menderma dan menyebarkan misi yang dijalankan. Semoga kita sama-sama dapat membina semula rumah mereka yang roboh itu secepat mungkin.

Kita masih memerlukan seramai 542 individu lagi untuk menyumbang sebanyak RM25 bagi mencapai target dalam membantu pembinaan 2 buah rumah untuk keluarga perkampungan atas air. Yang utama adalah anak-anak mereka yang masih kecil mendapat tempat berteduh dengan selamat.
 

 


13-OCT-2021
Impact Created

Berkat keprihatinan anda 'Misi Bantuan Cemas : Rumah Baru untuk Buntat' dapat dilaksanakan dengan jayanya. Rumah pertama telah pun siap dibina. Beberapa kelengkapan asas turut akan diberikan bagi memudahkan mereka memulakan fasa baharu dalam kehidupan. Tidak lama lagi rumah kedua juga akan siap. 

Project Summary

TERIMA KASIH MISI KITA BERJAYA

Keprihatinan anda telah memberi sinar baharu untuk kedua-dua buah keluarga ini. Mereka tidak lagi hidup menumpang dan anak-anak mereka turut tersenyum riang menerima hadiah yang bermakna ini. Tidak dapat digambarkan perasaan mereka pada saat ini. Terima kasih atas sumbangan anda kerana dengan sumbangan ini dapat memberikan harapan baharu buat mereka.



MYR 0.00

Raised of MYR 33,000.00 target.


0

0%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


About the Organization/Project behind this Campaign

Impactive Malaysia


Impactive Malaysia (nombor pendaftaran pertubuhan: PPM-015-10-22012021) rujuk lampiran 1 merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada Mei 2019 oleh Saudara Khairul Jamain. Impactive Malaysia merupakan sebuah pertubuhan berorientasikan kebajikan yang menumpukan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari segi sosial dan ekonomi di dalam dan luar negara.

Impactive Malaysia juga telah menjalankan beberapa misi kemanusiaan di Kenya, Sudan dan Indonesia. Misi Kemanusiaan di Mombasa, Kenya pada 2017 telah dijalankan bagi membantu masyarakat tempatan yang kurang bermampuan melalui pembinaan sekolah, madrasah, bengkel komuniti untuk membantu penagih dadah, projek kasut sekolah dan perigi air. Pada 2017 juga, Misi Kemanusiaan di Sudan telah digerakkan dan telah membantu penduduk tempatan membaik pulih sekolah, pemasangan panel solar dan membantu ekonomi anak muda. Di Indonesia, Misi Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Lombok pada tahun 2018, digerakkan bagi membantu mangsa gempa bumi di Lombok dari segi pengagihan bantuan pakaian asas dan makanan asas.

Di Malaysia, antara projek kemanusiaan yang telah dijalankan oleh Impactive Malaysia pada tahun 2019 ialah Projek Khatan Murid Sekolah Sampah di Sandakan, Sabah, Projek Baiki Jambatan di Kampung Batu dan Projek Al-Quran Pulau ke Pulau di Semporna, Sabah. Pada tahun 2020, Impactive Malaysia telah menggerakkan Tabung COVID-19 untuk membantu Komuniti Pulau dan ‘stateless’ di Semporna melalui sumbangan barangan asas. Untuk tahun 2021, antara projek kebajikan yang telah dilaksanakan oleh Impactive Malaysia pada tahun 2021 ialah Misi Tab untuk Anak Sabah. Projek ini telah membantu seramai 26 orang pelajar dari kalangan pelajar kurang berkemampuan di Sabah memiliki tablet untuk mengikuti pembelajaran atas talian.