Advocacy

TABUNG PRIHATIN SISWA

by Majlis Belia Malaysia

Header tabung prihatin siswa

MYR 612.41

Raised of MYR 50,000.00 target.


13

1%

Over 3 Years

Donors

Funded

Left


PERMASALAHAN


Ribuan mahasiswa terkesan akibat kekeliruan arahan Kementerian Pengajian Tinggi tentang sesi pembelajaran di universiti masing-masing. Bagi kebanyakan yang daripada golongan B40, kepulangan semula ke kampus memerlukan perbelanjaan yang besar. Terdapat keluarga yang terpaksa meminjam daripada sanak-saudara semata-mata untuk menghantar anak mereka ke kampus di bandar besar. 

 

Yang paling terkesan, pelajar yang daripada Sabah dan Sarawak, kini terkandas di kampus masing-masing, tidak mampu untuk pulang ke kampung semula kerana memerlukan perbelanjaan yang besar. 

 

Kesannya, mereka dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan kewangan segera bagi menghadapi kemelut ini.

 

PENYELESAIAN


Bagi mengatasi kemelut ini, Majlis Belia Malaysia melalui Relawan MBM mengambil inisiatif untuk membantu mahasiswa yang terkesan diseluruh malaysia.

 

Antara bantuan yang akan diberikan oleh Relawan MBM ialah seperti: 

1. Bantuan penginapan 

2. Bantuan pengangkutan pulang ( duit atau sediakan bas)

3. Bantuan makanan 

4. Bantuan sokongan (psikologi + kasih sayang aduan)

 

Untuk itu, mereka memerlukan bantuan anda semua RAKYAT MALAYSIA yang prihatin untuk bersama-sama menderma bagi Tabung Relawan MBM Jaga Siswa.

 

IMPAK


Sumbangan anda sekecil RM10 mampu memberi sinar harapan baru buat mahasiswa yang terkandas ini. Para mahasiswa diseluruh negara merupakan harapan bagi pembangunan Malaysia di masa hadapan. Ayuh kita sama-sama menyumbang agar tidak meruntuhkan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu. 

 

Dengan sumbangan anda, mereka akan mampu untuk pulang semula ke pangkuan keluarga mereka dengan selamat, boleh berteduh di tempat yang selamat, tidak akan kelaparan dan membantu mereka menangani emosi dan tekanan mereka dengan lebih baik.

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 

Muhammad Jurais bin Abdullah
Koordinator Sekretariat Mahasiswa MBM

http://www.wasap.my/60193473960/TabungPrihatinSiswa

Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly
Ahlis Sekretariat Mahasiswa MBM

http://www.wasap.my/60122622175/TabungPrihatinSiswa

 

Sumbangan anda masa depan siswa!

MYR 612.41

Raised of MYR 50,000.00 target.


13

1%

-

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 10.00

12/10/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 53.25

05/10/2020
Ahmad Fauzi Hussin

Amount Donated

MYR 25.00

04/10/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 10.00

03/10/2020
Anonymous Donor
💜

Amount Donated

MYR 53.25

03/10/2020
Anonymous Donor
❤️

About the Organization/Project behind this Campaign

Majlis Belia Malaysia


PENGENALAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

OBJEKTIF

Objektif-objektif utama majlis ialah :

  • Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.
  • Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa.
  • Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia.
  • Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.
  • Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.