MALAYSIAN RELIEF AGENCY KEDAH

Advocacy

MALAYSIAN RELIEF AGENCY KEDAH (MRA Kedah) ditubuhkan pada tahun 2012 dan adalah merupakan cawangan MRA diperingkat negeri yang menjalankan fungsi MRA iaitu bantuan kemanusiaan dan pembangunan sosial diperingkat Negeri Kedah dan tempatan. MRA Kedah telah digerakkan sejak 25 Januari 2012, dengan kekuatan 2 orang AJK Negeri, Dr Mohd Saifullah Alhany bin Abdul Halim dan Puan Ramlah Mohd Salleh. Penubuhan ini berlaku kerana melihat perlunya ada suatu organisasi bantuan kemanusian yang cekap, efisyen, dan berkaliber di negeri Kedah.

Objektif penubuhan ialah:

1. Menjadi platform untuk individu yang berminat dalam bidang kemanusiaan.

2. Melatih sahabat MRA supaya boleh 'thinking out of the box' ketika menghadapi situasi sukar,

3. Melatih sahabat supaya boleh berfikir secara kreatof dan pantas menggunakan apa yang ada di tangan untuk menyelesaikan permsalahan situasi kritikal.

4. Menambah potensi dan tenaga kerja MRA Negeri yang berkeupayaan untuk dihantar misi keluar negara bagi bantuan kemanusiaan.

5. Menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan di peringkat setempat.


MYR 0.00

0

Total Funds Raised

Campaigns



Spread the love


kedah@mra.my

016-421 5308

No 2685 Jalan Joget 1,Taman Ria Jaya

Sungai petani