Selamatkan penyu kita yang tercinta!

in Support of Nature Warrior 5.0

by Danial Hanif


MYR 234.32

Raised of MYR 200.00 target.


8

115%

Over 3 Years

Donors

Funded

Left


The Story

Mengapa orang kita tidak mengambil berat terhadap tanah kita sendiri?

Sebelum saya mendarat di Sabah buat kali pertama, saya terpegun dengan lautan dan pengairan biru negeri bawah angin ini semasa melihat dari tingkap kapal terbang. Begitu biru lautannya sehingga saya tidak percaya bahawa Malaysia mempunyai harta semula jadi yang sangat indah dan berharga.

Namun, orang kita sangatlah tidak mengambil berat untuk menjaganya. Seolah-olah macam menjaga persekitaraan ini bukan tanggungjawab wajib kita.

"Biarlah orang lain buatkan"

"Aku busy"

"Malaslah"

"Bukan masalah aku"

Semua itu hanyalah alasan untuk kita tutup sebelah mata.

Dalam video tersebut, pernahkah kamu terfikir mengapa terdapat lebih ramai orang asing yang terlibat dalam sukarelawan pemuliharaan ini berbanding dengan orang kita?

Tidak malu kah kita? Melihat orang asing lebih sanggup datang ke Malaysia untuk membersih dan memulihkan persekitaran hutan/pantai?

Tidak malu kah kita? Melihat sukarelawan yang membersihkan pantai setiap minggu tetapi orang kita masih membuang lagi tanpa rasa segan dan silu?

Tidak malu kah kita? Orang asing viralkan tempat pembuangan sampah haram yang keterlaluan di Jalan Gombak dahulu? Setelah di-viral, baru lah pihak atasan mengambil tindakan. Takkan kita nak bergantung kepada pihak atasan sahaja?

Baru-baru ini, sekitar 6 juta penduduk Selangor dan sebahagian Kuala Lumpur mengalami penjejasan bekalan air kerana sikap tidak bertanggungjawab empat pengurus kilang yang mencemarkan sungai kita. 6 juta. Saya ulang, 6 juta penduduk terjejas akibat sungai tercemar.

Terdapat juga orang kita yang membiarkan makanan bersepah ditepi jalan dan kaki lima selepas mengadakan upacara mereka. Hal budaya atau agama kami faham, tapi bersihkanlah selepas mengadakannya.

Kerana apa perkara sedemikian berlaku?

Kerana sikap orang kita yang tidak mengambil peduli. Sikap orang kita yang terlalu bergantung kepada orang lain untuk buat kerja. Sikap orang kita yang suka membuang sampah merata tempat tanpa peduli kesan buruknya.

Namun, dijawab balik orang kita: "Kalau kita bersihkan pun, sama juga nanti akan ada orang buang sampah merata."

Tidak saudara dan saudari.

Sikap orang boleh berubah kalau kita menjadi contoh yang baik. Kita semua setuju yang kita tidak suka tempat yang kotor. Pantai yang bersampah. Sungai yang bersampah. Hutan yang bersampah. Wujudkan lah sikap malu apabila orang asing melihat sampah yang dilonggokkan oleh orang kita sendiri.

Jadi mulalah sedikit demi sedikit, buanglah sampah ke tempat yang sepatutnya. Jadi lah contoh kepada anak-anak muda untuk mengamalkan sikap pembersih dan bertanggungjawab. Selepas habis PKPP, cuba lah sertai aktiviti sukarelawan sekali seumur hidup. Saya yakin kamu semua tidak akan menyesal.

Gotong-royong sekolah tidak kira, tuan-tuan dan puan-puan.

Hargai lah tanah yang diwarisi nenek-moyang kita.

--

Selain dari itu, saya adalah ahli AIESEC dalam Universiti Malaysia Sabah, sebuah badan NGO yang menitikberatkan kesejahteraan Malaysia dan kebolehan manusia untuk menjadi insan yang lebih baik.

Kami sedang mengumpul dana untuk membantu kenaikan taraf tempat pemeliharaan dan pemuliharaan penyu di Kudat, Sabah (Kudat Turtle Conservation Society, Sabah) seperti dalam video.

Oleh itu, saya ingin meminta bantuan tuan-tuan dan puan-puan untuk memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat tersebut yang sedang menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan spesis penyu kita yang sedang terancam.

Tidak kisah berapa banyak atau sedikit, yang penting ada niat dan tanggungjawab untuk membantu walaupun tidak seberapa. Kalau tidak mampu memberi dana sekalipun, mohon share pos ini supaya orang kita dapat maklumat ini.

Sekian daripada saya.


MYR 234.32

Raised of MYR 200.00 target.


8

115%

Over 3 Years

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 10.65

13/11/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 53.25

10/09/2020
Nicky Shazni

Amount Donated

MYR 26.63

09/09/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 26.63

09/09/2020
Anonymous Donor

Amount Donated

MYR 53.25

09/09/2020
Anonymous Donor