Projek Laptop Untuk Anak Syria

in Support of Projek Laptop untuk Syria

by ezzwan mardzi


MYR 26.63

Raised of MYR 10,000.00 target.


1

0%

About 2 Years

Donors

Funded

Left


The Story

Saya adalah antara salah seorang sukarelawan yang pernah bertugas ke Syria untuk menyantuni pelarian di Utara Syria. 

Saya terkesan melihat anak - anak pelarian Syria yang begitu ketinggalan dalam bidang pendidikan formal akibat konflik kemanusiaan. Situasi ini memperlihatkan seolah - olah tidak ada satu sandaran prinsip tentang pengetahuan adab dan agama diterapkan dalam kalangan anak - anak ini kerana ibu bapa tidak lagi mampu menyediakannya. 

Melalui sumbangan rakyat Malaysia, saya bersama Syria Care sedikit sebanyak cuba membantu dalam sektor pendidikan dengan membina keperluan seperti sekolah dan taman permainan, namun fasiliti pembelajaran masih jauh ketinggalan dari yang sepatutnya wujud.

Bersama pelajar - pelajar tahun 1 Applied Art & Design Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kami mengambil inisiatif untuk mengambil satu langkah kehadapan untuk mempertingkatan kualiti fasiliti pendidikan dan pembelajaran untuk sekolah -  sekolah yang telah dibina.

Fokus kami adalah untuk menyediakan kemudah elektronik sepeti komputer riba, projektor dan tablet untuk makmal komputer di Sekolah Ulfah, Kampung Malaysia yang terletak di Al-Bardaqli, Syria. Kempen ini bakal terbahagi kepada beberapa fasa dan untuk fasa pertama ini, dana dieperlukan sebanyak RM10,000 untuk menyediakan beberapa buah komputer riba.


MYR 26.63

Raised of MYR 10,000.00 target.


1

0%

About 2 Years

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 26.63

25/01/2022
Aisyah Nisa