Projek Sekuriti Makanan Kota Belud, Sabah

in Support of Help Sabah's Rural Families Survive Sustainably with Food Security

by Atika Irane


Header poster

MYR 116.51

Raised of MYR 1,000.00 target.


8

11%

Over 1 Year

Donors

Funded

Left


The Story

Hi! Saya Irane, pelajar tahun akhir daripada UPM. Sejak kecil lagi, ibu bapa saya telah mendidik saya dan adik-beradik untuk sentiasa berkongsi. Tidak kiralah berkongsi makanan, duit atau pakaian. Hasil didikan ibubapa saya telah membuahkan hasil dimana kami adik-beradik sentiasa berkongsi rezeki dan juga bersedekah kepada orang lain. Kami sentiasa bersyukur atas segala yang kami telah perolehi walaupun kadangkala keluarga kami menghadapi kekangan kewangan.

Walaubagaimanapun, nasib saya tidaklah seburuk yang dihadapi oleh masyarakat Kota Belud di Sabah. Masyarakat yang berada di pedalaman Sabah ini menerima impak besar akibat daripada pandemik COVID-19 yang telah melanda di seluruh negara. Mereka yang tinggal di pedalaman tidak mempunyai akses terhadap keperluan asas dalam menjalani rutin harian mereka. Bukan sahaja mereka tidak mempunyai akses terhadap keperluan asas, malah krisis pengangguran yang dihadapi oleh penduduk telah menjejaskan kewangan mereka. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung terhadap tanaman yang ditanam untuk kelangsungan hidup mereka. Tambahan pula, walaupun mereka menanam, adakala tanaman yang ditanam tidak menjadi dan tidak membesar dengan baik.

Oleh itu, untuk memastikan kelangsungan hidup dan menjamin sekuriti makanan, mereka perlu mempunyai skill dan ilmu. Dengan ilmu yang mereka perolehi itu, tanaman yang mereka tanam itu akan dapat membesar dengan baik dan mereka tidak akan terputus bekalan makanan. Dengan sumber yang sangat terhad, mereka perlu menggunakan peralatan yang sedia ada di sekitar kawasan perumahan mereka disebabkan mereka tidak mampu membeli peralatan yang lengkap untuk menjaga tanaman dengan lebih baik. Disebabkan kesusahan ini, ia membuatkan saya ingin membantu mereka dalam mendapatkan sekuriti makanan.

Oleh itu, saya memerlukan bantuan anda untuk membantu dalam menyediakan peralatan bercucuk tanam kepada penduduk Kota Belud yang lebih baik supaya setiap keluarga dapat bercucuk tanam tanpa risau tanaman mereka tidak menjadi. Hal ini merupakan makanan merupakan keperluan paling asas yang diperlukan oleh setiap individu. Penduduk Kota Belud haruslah dibantu supaya ilmu bercucuk tanam mereka adalah lebih baik dalam memastikan kelangsungan hidup yang baik. Setiap sumbangan yang diberikan oleh anda dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan harian mereka. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.


MYR 116.51

Raised of MYR 1,000.00 target.


8

11%

Over 1 Year

Donors

Funded

Left



Spread the love


Donors


Amount Donated

MYR 26.63

28/12/2022
Anonymous Donor
Goo ina

Amount Donated

MYR 10.65

26/12/2022
Anonymous Donor
Goodluck Ina ❤️

Amount Donated

MYR 10.65

24/12/2022
Izzati Nazirah

Amount Donated

MYR 10.65

24/12/2022
SHAHRUL SYAZWAN ISHAK

Amount Donated

MYR 26.63

24/12/2022
Anonymous Donor
Road to 1k 🔥